{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Pekerti Yang Terbangkit
Thursday, September 29, 2011 | 0 comment

Seribu satu keserabutan dalam minda yang selama ini terlalu leka berbuai gembira. Baru aku rasa. Baru aku tahu. Bilamana sisa sisa terdahulu aku sapu dengan layu. Dengan mudah kononnya tanpa sedar bahawa aku mencipta hitam di hujung hari. Kini baruku mengerti dan tak mahu diulangi. Sebolehnya. Suka suka kecil kedengaran saat aku menyatakannya. "Tak mahu lagi? Tak mahu lagi? Tak mahu lagi?" berulangkali suara memerli aku. Aku insaf. Cuba mengambil iktibar. Memang khilaf aku bila aku campakkan kerja dan nota ke tepi kerana hobi. Hanya kerana minat. Hanya kerana suka. Yang dikendong berterabur di belakangku kini. Ingin dikutip yang di bahu memberat, ingin membongkok takut tumpah habis. Terpaksa memandang sahaja yang dibelakang sambiil menangis menunggu pengakhiran. Dalam tekanan perasaan tanpa perasan, aku persetankan pesan pesan. Padan muka. Bukan buat mereka mereka yang mereka neraka dunia tapi buat aku yang tertipu oleh nafsu dalam nawaitu palsu ciptaanku. Ciptaan aku. Aku cuba diri kembali, cari persepsi basi hari hari yang pergi, aku kutip semuanya buat ingatan esok yang mendatang. Terima kasih atas ujian ini. Ia mengajarku tidak mengejar liku lalu. Tersenyumlah Eri, bina semula hancuran pekerti. Insyaallah.