{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Yang Terbakul Sampah
Saturday, October 1, 2011 | 0 comment


Seorang. Macam terang benderang sinar bintang tapi masih kurang.
Sendiri. Seperti menjulang marak api tapi masih sepi.
Satu. Itu rujuk suatu aku yang mahu kamu.

Nak cerita soal cinta? tak habis la oi. Sampai bila tak habis. Berjuta juta persepsi, seribu satu saki baki janji berbasa basi dimengerti. Andai aku buka ruang, beri satu ungkapan perihal cinta.

Cinta itu buta.
Cinta itu milik bersama.
Cinta itu suatu pengorbanan.
Cinta itu dua jiwa menjadi satu.

Cinta aku? Dah hampir semua dibakulsampahkan. Bukan aku sang pelempar, tapi aku yang dibuang. Biarlah apa orang nak kata, aku memang tak pandai berjiwa jiwa. Kadang seronok begini. Seronok dibuang. Baru kenal duri hidup. Baru rasa sakitnya jatuh. Terlalu tinggi sangat disanjung, disenyum, dihargai, disayang. Macam kata kakak abang, macam orang gila bayang. Mengikut yang dibelakang sampai kadang rentak hilang. Bila berdua, nak berdua lagi. Tak biasa aku bersendiri. Lebih lebih bila sekeliling berdua. Dan aku masih bersendiri. Mungkin kadang status status di ruang maya nampak tak kisah, tapi hati tak siapa nampak. Tersimpan di dalam rasa rasa yang mana lama lama bawa gila. Mau taknya, bila resah simpan sendiri. Bila marah simpan di hati. Bila lelah minda mati. Tak ada tempat bicara, berkongsi. Sendiri lagi.

Mungkin sesekalinya di ruang ini aku gembira. Mencipta senyum di pinggir senda dengan kawan kawan yang sentiasa bersama. Tapi ada ketika, mereka perlu masa mereka. Ya, masa bersendiri yang aku bicara tadi. Di ruang biru putih facebook juga mampu dilihat betapa ramai berbicara tentang cinta. Perlu bukti? Perhati dan cari sendiri. Mustahil jika tiada. Dengan kenalan ratus ribu kita bermadah. Dengan kenalan ratus ribu itu yang menekan punat punat putih hitam berabjad membalas dengan perangsang dan kata sokong supaya bertahan. Ya, aku bertahan sahabat. Tapi sampai bila? Sedangkan yang ratus ribu tadi juga sudah berdua.

Ya, cinta itu perlu. Tapi bukan hanya tentang aku. Tentang semua. Rasa sayang itu subjektif. Penemu, pencipta dan pelaku cinta itu juga subjektif. Mungkin aku yang tidak relatif kepada cinta itu. Dan setelah selembar karangan aku tabur, aku tahu mungkin ada yang tak memahami kiasan panjang lebar aku sekali ini. Maafkan aku atas pembaziran masa kalian. Sekadar berkongsi suara hati kerana ratus ribu tadi adalah kamu semua. Hanya kalian yang sudi membaca. Yang pasti aku mahu ratus ribu tahu bahawa aku kini seorang, sendiri dan satu. Mungkin aku perlu lagi satu. Bukan perlu, mungkin.