{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Koyak
Friday, September 28, 2012 | 0 comment

Dasar manusia ; perihalnya dia takkan pernah puas dengan segala macam suapan. Mesti kena lebih. Atau setidaknya sama rata. Tapi usaha dan pengorbanan ; haruslah disetimpalkan sekali.
Aku dapat puluh, kau mahu puluh.
Aku dapat ratus, kau mahu ratus.
Aku dapat ribu, ribu juga kau mintak.
Tapi usaha aku mengoyak rabakkan empat kerat, ada kau pandang?

Kenapa tak kau koyakkan rabakkan sekali?
Sama rata.
Kemudian kau seret yang koyak rabak terburai tu, jumpa aku.
Kita bahagi.
Sama rata.
Sama.
Rasa.