{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Sekilas Kebetulan.
Saturday, September 22, 2012 | 2 comment

Gadis asing,
Kebetulan pertemuan ini,
Aku rasa benar-benar ganjil kiraannya,
Kerana sejak wujud kilasan pandang itu,
Kau sentiasa ada menggenapkan senyumku.

Namun kiraan nyaris terhenti,
Setelah pertemuan kita hanya sekali,
Lalu kupejamkan mata,
Berharap langit memelukku,
Dan perlahan angin membisikkan,
Supaya cepat-cepat,
Aku lupakan kau.