Sisa Seksa
Semalam alismu berembun,
Ku datang menyeka,
Kerana dia kah?
Kau diam.
Hari ini sayangku merimbun,
Kau datang meneka,
Kerana kau kah?
Aku diam.
Ya, memang kerana kau,
Cuma aku melaung di dasar,
Memberi tepis paling hambar,
Dan sambil tipu aku senyum,
Bukan, ada sesuatu sebenarnya,
Yang mana lebih menenangkan,
Dari menyisa secubit yang masih cuba bertahan.