{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Curam
Wednesday, October 31, 2012 | 0 comment

Aku ini pemanjat tebing cinta,
Tersangatnya bebas,
Dan amat luka bila terhempas,
Tapi segagah puisi,
Aku terus terusan mendaki,
Kerana gayatku pada kenangan,
Menghambat segenap takut yang sedia membunuh,
Bila bilanya aku leka,

Oleh indah sesayap,
Yang bakal menyenyapkanku.

Kirim salam pada puncak,
Kerana klimaks ceritaku,
Bukan lantang bersorak,
Tapi didarahi kerikil,
Oleh egoku mencintamu,
Dan aku janji,
Akan aku menebing lagi,
Jika nyawa yang bersedutan,
Masih sudi bersimpati,
Dan kau yang berantakan,
Masih sudi menikmati,
Mati.