{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Secawan Mimpi
Sunday, November 25, 2012 | 0 comment

Kafein ini dengki pada lenaku,
Tapi punya sayang terwujud,
Pada mimpi mimpi lain,
Yang diimaji,
Reka reka tanpa batas,
Lokap suara tanpa bebas.

Curi curi ia cungkil pisah gegari kejam,

Dari jejari kuat cengkam,
Memegang kepul mimpi mengagah,
Di belakang,
Diam diam.

Nah,
Terlepas segala,
Tulis taip berjutaan,
Kerana bisa kafein,
Juga,
Parut kelmarin.

Secawan lagi, mungkin?