Baring - Bangkit - Baring
Kamu lihat aku terbaring,
Merisau hala hala sebelahan,
Lalu mendekat,
Memapar senyum.
Kaget.
Kamu ambil tanganku,
Membingkas dari pendudukan,
Menyapu nyapu debu,
Menyerbu gemuruhku,
Pada tanya,
Siapa kamu.
Kaget lagi.
"Aku mencari syurga,
Dari hati yang dipijakkan.
Kamu misalnya",
Maka serta merta kembali aku kebawah,
Kerana aku sendiri belum sempat,
Menjumpa syurga itu.