{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Jumaat Ini
Sunday, January 6, 2013 | 0 comment

Baju melayu, seluar lurus,
Kain pelikat, badanan legam,
Tak kurang yang bersepasang,
Berwarnaan kelelakian,
Memahala kira tapak,
Ke arah panggilan Jumaat.

Tepi tiang,
Bawah kipas,
Pintu utama,
Mereka memilih yang tersesuai,
Tak kurang mencari sadai,
Perantara - sebelum dua doa selesai.

Anak kecil makin bingar di saf belakangan,
Sedang bertertawa mencuit teman,
Sedang aku berperang perang,
Curi dengar khutbah termampu,
Memaut hidup lepasan.