Penulis ni hati dia macam macam, Fakta, putar, Nakal, kelakar, Lembut, keras, Bijak, main main, Macam macam, Macam macam.
Dia boleh jadi diktator, veto atas firasatnya sendiri, Dia boleh jadi hamba, pengikut pada fikirnya sendiri, Dia boleh jadi kamu, tahu apa tersorok sirat, Dia juga jadi dia, simpan apa yang terlihat, Mahu apa saja pada tulisnya, dia bikin, Dan universal, penerimalah yang mencerakin, Mereka terus lagi membundar seluruh, Jarang benar meninggal seloroh, Selagi bersambut, bersuara, Selagi bermulut, berbicara, Selagi bernafas, memberi, Selagi hidup, berisi, Diam diam ubi.