{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Lelaki Jual
Thursday, March 14, 2013 | 0 comment

Janggal sungguh cinta ini,
bila bertalu ia mengetuk,
setelah berkalian dihalau jerkah,
masih juga tercongok jengah,
tak pernah puaskah?

Kuketuk pepaku di pintunya ;
jurujual cinta dilarang masuk,
kerana mereka bermulut manis,
kerana mereka bermulut manis.