{ ERI TADZRI }
blog indah seni :: eri tadzri

Fundamental
Thursday, March 14, 2013 | 1 comment

Sedunia ku berputaran,
seruminya ku berpusaran,
mengeliling kota rempuh,
menjejak kata contoh,
ketemu sajak akhirnya,
di dudukku sendiri,
rupanya tak jauh,
di kerusi keras,
mendakwat kertas.

Cari ilmu,
biar mula,
dari kita.



Kapitalis

Aku bangun,
menggerak,
sistem kemanusiaan.

Sistem,
yang memaksa,
kebarangkalian,
jaya atau,
mampus,
terkulai.



Mewah

Bila kaya,
semua akan dekat,
dengan kita.

Celaka betul.



Mereka Sama

Dan duit sama rupa,
akhirnya terpandang mereka,
walau sudah awal awal,
aku bilang itu pemusnah,
pemusnah hati aku,
yang pernah cuba,
mencinta,
- dia.

Aku ini sebenarnya,
rindu sama siapa?
Lebur lagi.



Pecah Kata

Mati akal,
atau kau,
pisah keduanya,
dan garap,
idea baru.

MATI,
AKAL,
dan jelmalah ia,
meneutral asidik buntu.



Kerana Diri

Berpuitasi,
bukan atas dasar persepsi,
mata mulut yang mendengki.

Memena taip segala,
kerana apa tersentuh,
bukan untuk kamu,
bukan juga untuk kita,
makanya bila aku lepas,
biar masa itu aku yang pilih,
dan kau boleh bersandar,
sabar ; dalam kadar mendengar,
kalau kalau pun ingin mengomentar,
dalam ruang yang kau ciptakan,
kerana rasa ini,
juga tulis ini ;
aku pemutlaknya.



Mahu Lebih

Antara doa doa tadahan,
yang meruwap suam,
ke tingkat Tuhan,
aku bertanya tanya,
yang mana satu,
masih belum dimeterai,
tika apa yang Dia beri,
kadang lebih,
dari cukup.

Manusia itu,
kadang nafsunya,
tak pernah sekali lebih ;
- mendoa walau cukup.



Lena Asar

Petang sugul diteman jenera,
yang sama - sugul,
longlai jelma dari lena,
aku terus ke dunia,
memandang senja,
keriuhan ;
mengecap hidup,
kesyukuran,
pada nyawa,
yang masih,
terpinjam.



Berambi

Perlahan lahan,
menginjak ke awan,
sekali sekalanya aku,
terjerlus lelubang tirus.

Maklumlah,
awan itu kan,
mengapas sifatnya,
- serupa anganku.



Buat Tak Tahu

Benar,
aku benar benar,
rasa tercabar,
bila sudah,
kau rujuk benciku,
masih juga kau menunjuk,
hal itu.

Menangis betul aku,
fajar,
mensenja,
ke bucu hari,
menangis terus.



Lakon

Aku ini, Tuhan,
menangis setiapnya,
lihat dia mencinta.

Aku ini, Tuhan,
meraung setiapnya,
dia bercerita.

Lalu Kau khabarkan,
di sipi manakah,
raung tangis itu,
jadi pengukuh,
menguatkan terus telinga ini,
menadah butir bual rahsianya,
sedangku mengolok kelat senyum,
kelat, sangat sangat.



Lagi, Lagi!

Aku lapar sorak,
kerana dah terbiasa benar,
- disuap di benak.

lemau yang tegar,
roh aku,
mengacah acah,
ke luar.



BantuNya

Bilanya lemah terlutut,
bila rimas melaut,
menyerongkan imbangku,
menyebelah berat membahu,
aku cuba cuba benar memegang,
pada surat buat Tuhan,
dilayang dengan tadah jumud,
disampai terbang ke arasy,
oleh tutup lingkup pengaminan ;

"Allahhummayassir walaa thuassir"
- hanya Dialah sebenar benar pertolongan,
- hanya Dialah sebenar benar Tuhan.



Lelaki Jual

Janggal sungguh cinta ini,
bila bertalu ia mengetuk,
setelah berkalian dihalau jerkah,
masih juga tercongok jengah,
tak pernah puaskah?

Kuketuk pepaku di pintunya ;
jurujual cinta dilarang masuk,
kerana mereka bermulut manis,
kerana mereka bermulut manis.



Bahagi Ia

Langit pagi ini tersenyum,
burung ceria tertawa bercicipan,
atau menyuara tenangnya,
menjelajah halwa mata,
menebas angkasa,
berbahagia.

Aku,
di kerusi kayu,
di lekap tapak meja,
menulis sesuatu buat kamu,
berbahagia.



Diam Tak Sudi

Di luar hujan, di dalam gemuruh,
di luar lengang, di dalam merempuh.

tapi bingitnya serupa sama,
menyepah segenap kekosongan,
apa rintik,
tak sudi lagi,
menenteramkan,
seperti semalam semalam?
atau ia turut sama meratapi hari?



Politikus menguap lalak menjelang PRU13

Bila tercekup anak muda dengan limpahan idea, disuap dengan kebijaksanaan separuh baca, tiada pembahagian untuk pihak kedua, ilmu fakta dijadi sebagai cetusan fikir separuh siap. Sedih melihat pemamah politik mengunyah mudah mudah segala pemberian laman sosial dan internet sedang jelas bidang yang diambil terdiri dari paduan informasi dan penyusunan.

Maka ambil, dari keduanya, dan fikir lalu banding sendiri. Bukan rentap, kemudian ke fasa pemberian kepada seluruh pengangkat ibu jari. Politik ini satu percaturan puak atas untuk rakyatnya, anak anak yang akan pertama mula sekali dilangkah. Setelah habis jelata diketepi, merekalah yang akan menapak segerak demi segerak sehingga terlupa kita yang tumbang.

Maka bangkit, kita mulakan semula percaturan ini.
Kali ini rakyat, kita di pihak putih.
Maka selayaknya kita jalan dulu.



Pilihanmu

Sebelumnya,
bertimpuh aku menghitung ketemu yang menjelang,
namun hampir hampir kau tersebelah,
sekali lagi aku menghitung,
harinya kau bakalan hilang,
demi rebut kau pada peluang,
dan amarahku pada renggang,
sepergian kau,
pasti sudah,
- aku kembali lengang.



Sebelumnya Cuba

Andai saja mereka faham,
betapa gempur tempur di dalam,
selama lebur jujur memendam,
menyata luhur sepasrah telan,
meluruh jiwa pelan pelan,
ke landai tapak,
rahmat terpijak.

dengan jurai masa merintih,
apungkanlah beban menindih,
cubalah kau menjadi bakal,
sebelum kita menjadi halal.



Putus Harap

Bila kau terpaksa pilih ; cinta atau hidup.
kau akan bergayutan di satu nyawa,
- berontak fikir,
atau berotak fikir,
dengan nafsu nafsi,
atau menjengah depanmu,
yang aku sendiri kadang terputus,
harap ; juga pemindaan,
yang konon meminta,
menjumpa cinta di hidup lain,
sementelah cinta itu,
masih hidup,
mendegup.

Aku memilih,
hidup.